KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)
Apa itu Kampus ASTRO ?
Kampus Astro adalah salah satu inisiatif pembelajaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat Astro. Dilancarkan pada akhir tahun 2008, misi program Kampus Astro adalah untuk membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan kepada pelajar - pelajar. Dengan sumbangan dekoder Astro yang mempunyai fungsi rakaman yang luas, set TV LCD dan akses kepada 13 siaran antarabangsa dan tempatan kepada lebih dari 10,000 sekolah kebangsaan dan menengah kerajaan (anggaran lebih kurang 5.2 juta pelajar) termasuk Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia menikmatinya.
Di bawah program ini, pihak Astro bukan hanya membekalkan set perkakas Kampus Astro dan akses kepada siaran program pembelajaran, malah juga menitikberatkan latihan penggunaan kepada guru - guru media, perkembangan kandungan pembelajaran yang lebih berkualiti dan relevan untuk pelajar - pelajar dan juga aktiviti jangkau luar bersama guru dan pelajar.
Melalui Kampus Astro ‘website' juga, pihak Astro memaklumkan kepada komuniti sekolah secara berterusan tentang jadual dan sinopsis program - program yang terkini untuk guru-guru mengenalpasti program yang bersesuaian untuk tahap pelajar. Ini membolehkan guru-guru membuat perancangan yang bersesuaian untuk penggunaan pembelajaran yang lebih efektif dan relevan. Kami sentiasa menggalakkan konsep 3R - iaitu Rancang, Rakam, dan Reka - untuk keberkesanan penggunaan set Kampus Astro.
Untuk pengisian Kampus Astro di sekolah, lebih dari 172 jam kandungan TV tempatan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin telah dihasilkan setakat ini untuk memenuhi kehendak rakyat Malaysia di dalam pembelajaran akademik dan kemahiran hidup. Program utama termasuk Astro TVIQ UPSR!, PMR!, 'The English Room' dan Dunia Adik di saluran Astro 552; Astro Xiao Tai Yang - XTY Fun Tuition, Di Zi Gui dan IQ Xiao Tai Yang di Saluran Astro 325.
Untuk program rintis jangkau luar Kampus Astro telah mengadakan aktiviti di 41 sekolah sekitar Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia melingkupi sekitar 6,000km, 33,500 pelajar dan 1,300 guru dalam masa 10 minggu. Matlamat program jangkau luar Kampus Astro ini ialah untuk memberi pengenalan Kampus astro kepada pelajar - pelajar dan guru - guru tentang peluang pembelajaran yang menyeronokkan yang boleh digunakan di sekolah.
Seperkara penting lagi di dalam program jangkau luar Kampus Astro adalah pembabitan 288 sukarelawan Astro yang telah berkhidmat sebanyak 3,006 jam untuk berinteraksi bersama pelajar sekolah dan menarik minat mereka tentang faedah Kampus Astro di dalam menyokong pembelajaran subjek Matematik, Sains dan juga Bahasa.
Kampus Astro akan sentiasa memberi komitmen untuk meningkatkan dan menyokong pembelajaran pelajar - pelajar di Malaysia melalui perkhidmatan kami dan akan sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.
Kampus Astro tidak berfungsi. Apa yang perlu dilakukan ?
Sekolah yang mempunyai masalah teknikal atau pengaktifan semula kad Astro sila hubungi : talian 03-95438100 (tekan 1, seterusnya 2, dan pilih samada : 1- pertanyaan atau tekan 2- masalah teknikal ).
Bagi bantuan teknikal, cikgu perlu berada dihadapan decoder Astro dan mungkin perlu menggunakan telefon bimbit bagi memudahkan proses setting decoder tersebut.
Berikut merupakan contoh penyelesaian bagi setiap masalah berkaitan Kampus Astro:
1. Tiada Siaran / dapat dengar radio sahaja / ada beberapa siaran sahaja :
Telefon 03-95438100 (tekan 1, seterusnya 2, dan pilih samada 1- pertanyaan atau tekan 2- masalah teknikal ) pastikan sedia dengan nombor siri kad astro dan perlu berada dihadapan decoder Astro.
2. Remote rosak :
Buat surat bertandatangan Guru Besar @ Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro.
Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333
3. Kad Astro hilang:
Buat laporan polis kehilangan kad, kepilkan bersama surat bertandatangan Guru Besar @ Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro (Telefon 03-95438100) . Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333
4. Mengalih piring ke bangunan baru:
Dikenakan bayaran sebanyak RM150 (sekiranya ada tambahan cabel akan dikenakan caj kabel) yang ditanggung oleh pihak sekolah. Tulis surat bertandatangan Guru Besar @ Pengetua, dalam surat nyatakan nama sekolah, kod sekolah, nombor siri kad serta nombor akaun astro. Untuk perhatian: Head of corporate responsibility department. Fax kan surat tersebut ke: 03-95437333
Diharapkan langkah diatas dapat membantu pihak sekolah dalam mengaktifkan kembali Kampus Astro.

Video KABKSBahan KABKS
Contoh Surat bagi selenggara KABKS
|
Rekod Penggunaan KABKS
( Untuk dicetak ) Pengisian Atas Talian Penggunaan KABKSPelaporan Penggunaan KABKS Zon PKG Labis
|