PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH ( SSQS 3.0 ) 2017
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards(SSQS) mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).
Sehubungan dengan itu surat dari JPN Johor JPNJ.SPMICT(21)/100-13/3/3 JLD.8 (21) bertarikh 31 Mei 2017 dengan jelas menerangkan maksudnya untuk perhatian dan tindakan pihak sekolah zon PKG Labis. Untuk makluman penarafan tersebut yang boleh diakses mulai 15 Julai 2017 hingga 30 Ogos 2017 Tarikh Akhir Pengisian SSQS bagi Daerah Segamat pada atau sebelum 17 OGOS 2017 Berikut adalah pautan URL penarafan SSQS 3.0 : URL Utama : http://best.moe.edu.my/ssqs/johor/ URL Alternatif : http://btpnjohor.moe.gov.my/ssqs2017/ Panduan video untuk maklumat dan tindakan pihak tuan. Admin sekolah : http://gg.gg/ssqsv3-adminsekolah Admin Responden : http://gg.gg/ssqsv3-responden Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah, pihak tuan boleh hubungi En. Mohd Azlin bin Mohamed Ali Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Labis di talian 07-9253544 |
Muatturun Bahan Taklimat SSQS 3.0
|
|
Analisis SSQS sekolah-sekolah Zon PKG Labis dari tahun 2014 - 2016
Muatturun Bahan
|
|